Skip to main content

Cipta aplikasi tanpa pengekodan

·293 words·2 mins
rsmn
Author
rsmn
Software Engineer in Bangi

Boleh ke cipta aplikasi tanpa pengekodan?

Boleh sebenarnya.

Beberapa perkhidmatan telah wujud sebelum ini dan sedikit sebanyak memberi impak kepada ruangan ini.

Tapi kebanyakan perkhidmatan tersebut lebih memberi fokus kepada laman sesawang dengan kandungan statik dan juga bagi kategori yang terhad seperti e-dagang dan blog.

Bagaimana pula kalau kita nak cipta aplikasi yang lebih berbentuk internal tools atau alat dalaman seperti rekod kehadiran staf, laporan perbelanjaan ejen, sistem pengurusan calon temuduga kerja/latihan industri di syarikat, dan sebagainya?

Boleh ke web aplikasi yang disenaraikan tadi memenuhi keperluan yang saya sebutkan ini?

Memperkenalkan kepada anda satu kategori baharu dalam ruangan ini, iaitu platform pembuatan aplikasi tanpa pengekodan atau no-code/low-code development platform.

Saya meletakkan kategori ini seolah-olah jika Google Sheets dan Wordpress berkahwin dan mendapat anak. Google Sheets semua orang tahu adalah perisian spreadsheet yang wujud di atas talian, dan Wordpress adalah perisian sumber terbuka yang memudahkan mereka yang bukan dari bidang teknikal atau pengekodan untuk menghasilkan laman sesawang sendiri.

Ini antara senarai servis yang boleh dimasukkan ke dalam kategori ini:

Senarai ini saya ambil dari ciapan di bawah. Anda boleh baca juga balasan-balasan pada ciapan tersebut untuk senarai tambahan perkhidmatan berkaitan #nocode atau #lowcode

Dalam senarai tu semua saya dah cuba kecuali DronaHQ dan Parabola. Ada yang dah cuba secara mendalam, ada yang cuba secara permukaan sahaja.

Dalam pos yang akan datang saya akan tunjuk sedikit macamana servis ini boleh digunakan anda. Tak perlu ada latar belakang pengekodan pun.

Kalau ada permintaan mungkin dalam masa terdekat ni saya boleh anjurkan sesi FB live juga untuk ajar guna benda-benda ni.