Skip to main content

Anda mahu buat aplikasi/apps?

·226 words·2 mins
rsmn
Author
rsmn
Software Engineer in Bangi

Umumnya bila sebut apps, orang akan terbayang perisian yang digunakan pada peranti mudah alih anda.

Tak semestinya. Aplikasi boleh dipasang dan dijalankan pada pelbagai platform.

Secara mudahnya kita boleh bahagikan kepada beberapa kategori:

  1. Aplikasi Mudah Alih
  2. Aplikasi Desktop
  3. Aplikasi Web

Aplikasi Mudah Alih yang dominan di pasaran sekarang adalah aplikasi yang dimuat turun pada sistem operasi Android dan iOS. Contoh aplikasi mudah alih adalah Facebook for Android, Facebook for iOS, dan apa-apa lagi perisian yang anda jumpa di dalam Google Play Store atau Apple App Store. Beberapa tahun dahulu ada beberapa sistem operasi mudah alih yang lain seperti Windows Phone dan BlackBerry OS, tapi semakin lama semakin tidak mendapat tempat dalam pasaran.

Aplikasi Desktop adalah aplikasi pada laptop/desktop anda yang kebiasaannya memerlukan anda untuk memasangkannya (install) sebelum anda boleh menggunakannya. Contoh aplikasi desktop adalah Google Chrome, Adobe Illustrator, GIMP, Excel, Word dan sebagainya.

Aplikasi Web pula adalah aplikasi yang dijalankan pada pelayar web anda. Senang aplikasi web sebab tak perlu nak pasang (install) untuk anda menggunakannya. Tapi walaupun tak perlu pasang (install), anda kena daftar akaun selalunya. Lepas tu baru boleh guna. Contoh, facebook.com, twitter.com. Semua tu aplikasi web la tu.

Setiap satu ni ada pros dan cons dia. Jadi kalau ada orang tanya “eh awak boleh buat apps tak?”, anda boleh terangkan macam kat atas ni, dan cuba fahami mana satu yang sebenarnya mereka mahu.