sembang

rsmn

Belajar benda baharu

Dua tiga minggu ni saya diberi kesempatan untuk mengajar sekumpulan pelajar satu subjek yang tidak disukai ramai iaitu pengaturcaraan (programming). Mereka ini rata-rata tidak mempunyai latar belakang programming.

Ruang kepakaran (domain expert) pelajar-pelajar saya ini adalah dalam bidang lain, iaitu biologi. Mereka belajar programming kerana mereka ada data-data yang sangat banyak, dan mereka ingin membangunkan sistem aplikasi yang boleh mengurus data-data ini.

Bila saya tengok muka-muka mereka waktu sesi pembelajaran tu, memang jelas terpancar di wajah mereka betapa mencabarnya nak belajar bendalah ni. Tapi mereka still boleh ikut. Mungkin kerana semangat juang yang tinggi.

Belajar benda baru ni memanglah tidak mudah. Tips saya senang sahaja. Kalau nak tahu anda masih ‘on the right track’ atau tidak, pastikan dalam diri anda mesti ada perasaan tidak selesa, banyak tak tahu, rasa macam tak boleh nak belajar dan sebagainya. Kalau ada tanda-tanda tersebut, maka anda masih di atas jalan yang betul. Cuma yang membezakan orang yang gagal dengan orang yang berjaya, adalah keputusan yang dibuat oleh anda samada nak teruskan atau putus asa di tengah jalan.

Saya belajar koding pun macam tu jugak. Bila nak mula belajar, rasa susah, rasa nak putus asa, tapi teruskan sahaja. Redah sahaja. Memang rasa tak best, rasa nak prokrastinasi, rasa nak layan perasaan.

Ingat sahaja tips saya. Kalau ada sedikit rasa uncomfortable, bermakna anda di trek yang betul. Yang penting, jalan terus ke depannn…